tanggal 29 may, jusco di seremban membuat fair untuk ahli J card.
and for your information sale itu sangat sangat lah mengguris hati mokcik.
arghhh! dah la tak ada J card then sale sangat mengagumkan! 30%, 50% and 70%!
baju, handbags, seluar, bra, bantal, comforter set, jeans. kiranya semua sekali didalam jusco membuat potongan harga yang membutakan mata mokcik.
owh damn! sangat mendukacitakan hati yang telah terguris pedih saat berjalan untuk masuk untuk bekerja!and today mokcik kerja full. owhh kaki ku, terlalu penat. tapi tak pe-tak pe, betis akan jadi cantik jikalau banyak berjalan. hehe (nak sedapkan hati sendiri)
owhh mokcik bernasib baik juga kerana mokcik berkerja full bersama ari.
ari seorang sahabat yang suka mengular. kaki nya umpama roda kereta yang minyak nya sentiasa penuh. haha
owh sayang, i love you but i hate you darling! haha
mokcik sayang ari cz dia sentiasa pandai bergaul and pandai pikat harga. tak rugi bawa kau bershopping! haha
but mokcik benci ari cz kerana ari, berat mokcik bertambah! haishhh nak kena kuruskan balik badan ni! tak kira-tak kira! nak kurus juga!
----------------------------------
hari ini mokcik kerja full. so mokcik start kerja jam 10 pagi dan habis jam 11 malam. penat gila!
mula-mula mokcik tak tahu hendak closing kul berapa kerana kebanyakan kedai disini closing pada jam 10. tapi jusco tutup jam 11. haishh mana nak ikut ni? then mokcik msg bos mokcik untuk tanya nak closing kul berapa.mula-mula bos mokcik cakap
"eh, hari ini jcard day ya? korang tak payah open lah! maaf cz x bagi tahu"
owhh hati berbunga mekar umpama mawar mengharum ditaman rashidah! apalagi, dikesempatan yang ada itu, mokcik bersama ari terus segera packing up and closing. ramai yang berpandangan kepelikan. tapi kami buat buta gajah je. haha
mula-mula mokcik dan ari bertekad untuk tengok movie! owh yeahh! jom tgk syurga cinta! kami dah beli ticket show start jam 9 malam. okeyh set, then kami menunaikan tanggungjawab seorang muslimah, solat maghrib dulu yer! then kami pegi shopping kejap. j card day lah katakan, kami seorang perempuan yang sangat-sangat-sangat suka window shopping jer. haha
then tiba-tiba,
"korang ini semua salah faham, korang kena open counter balik, pihak jusco minta korang open counter balik, sekiranya korang tak open balik, kita kena denda! please tolong open balik."
owhh damn shit! bugimak! corntos! mangkok terbang!
alaaaa, kitorang terpaksa open balik counter. malu sial! da tutup, nak kena open balik. grrrr ticket wayang burn macam itu jer! sakit nya hati! pilu terasa umpama dihiris sembilu. sedih gila! spoil mood for the rest of the day. kami terpaksa akur. then tak lama kemudian, mokcik nampak seorang jejaka berjalan terus kearah mokcik dengan lagak nya. seorang yang mokcik kenal and mokcik agak-agak menyampah. menyampah ya, bukan benci. its totally different okeyh. its abang ally! huh! dah sah dah!
"ni nak sound kita ar ni!" kata ari
"dik, tadi kenapa closing?" tanya abang ally
"macam ni, mula-mula kitorang tak tahu nak closing jam berapa, sebab vincci closing jam sepuluh. then saya msg bos and tanya nak closing jam berapa, then bos cakap 'korang kena closing sekarang cz arini jcard day kita tak sepatutnya open counter' then kitorang pun closing ar. pastuh dah nak balik ni. dah sampai kereta dah pun(kelentong!) tiba-tiba bos msg suruh open balik. kitorang dengan berat hati cz da penat(kelentong lagi) terpaksa open balik"
kata mokcik dengan panjang dan penuh kelebaran
"owh, kiranya ini hanya salah faham jelah ya?" tanya abang ally
"yerlah! salah faham je.cz kami pun tak tahu." tambah mokcik
"bukan sebab korang nak shopping lah eh?" tokok abang ally sambil tersenyum macam kambing
"(eh eh senyum cam kambing pulak dia ni! sepok karang taw ar! mnyusakan betul! grrr) haah, tak delah!" balas mokcik sambil tersenyum meluat.
then dia pun berlalau pergi.
"weyh, entah-entah abang ally tu nak mengayat kau!" kata ari
"cib kau lah!, eiii, tak nak aku! dah la tua! beruban! tak berkenan tul!" balas mokcik

No comments:
Post a Comment